Monday, July 1, 2013

Tausiyah : Syaikh Nuruddin 01

Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Kuliah Tafaqquh fid-diin
13 Mac 2011 (Ahad)
Masjid SAAS, Shah Alam

Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki [Pena al-Azhari]


1.      Ahlus-sunnah Wal-jama’ah = Yang berbuat itu kita, tapi kekuatan untuk berbuat itu daripada Allah.
2.      Peranan golongan profesional yang mencintai agama:
-          Setiap orang dengan bahagian masing-masing. Mereka seharusnya menguasai bidang masing-masing dan hukum-hakam yang berkaitan dengan kepakaran masing-masing.
-   Kalau benar-benar mencintai agama, tatkala azan sahaja, tinggalkan urusan profesional untuk menunaikan ketaatan agama.
-          Jangan sampai urusan kerjaya profesional menghambat urusan-urusan agama sehari-hari.

* Syaikh bagi perumpamaan seseorang yang menggunakan servis tapi banyak kali tak mahu bayar servis. Sama seperti profesional yang Allah bagi ni’mat macam-macam tapi tatkala Allah panggil (azan) dia tak datang untuk menunaikan kewajipan.

No comments:

Post a Comment