Monday, July 8, 2013

Syarah - Siyarus Salikin 01



Syaikh Fahmi Zamzam an-Nadwi al-Maliki
Siyarus Salikin
karya : Syaikh Abdus Somad al-Falimbani
26 Jun 2011 (Ahad)
Masjid al-Falah, USJ9

Berkasih-sayang kerana Allah. [gambar : Mujahid Siswa : Uhibbukum Fillah]


1.      Yang dinamakan tasowwuf itu ialah adab. Tasowwuf itu ialah adab dengan Allah dan adab dengan makhluq Allah. Dari segi penamaan, memang nama tasowwuf tak ada. Tapi isinya memang ada dalam Islam.

2.      Melebihkan orang lain dalam bab ‘ibadah, itu makruh. Melebihkan orang lain dalam hal dunia, itu bagus.

3.      Mencintai kerana ugama adalah satu hubungan kecintaan antara satu sama lain, tolong-menolong, bantu-membantu untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

4.      Kesempurnaan mahabbah fillah mesti disertai dengan rasa cinta kepada ahli ta’at, dan benci ahli ma’siat (pada perangai, bukannya pada zatnya).

5.      Nak bersahabat dengan siapa kalau bukan dengan orang ‘asi? Bersahabatlah dengan :
             a.       orang yang kau lihatnya akan mengingatkan diri kepada Allah
             b.      orang yang apabila kita dengar cakapnya , rasa terpanggil untuk menambah ‘amal
             c.       orang yang kita tengok kerjanya, akan mengingatkan kepada akhirat.

6.      Apabila kita kasih kepada Allah, mestilah kita kasih kepada makhluq Allah, kasih kepada orang yang Allah suruh kita kasihi, dengan syarat tiada kemaksiatan kepada Allah. Kita kasih akan sesuatu bermula daripada kasihnya kepada Allah.

Tausiyah : Syaikh Nuruddin 02



Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Kuliah Tafaqquh fid-diin
4 Jun 2011 (Sabtu)
Masjid SAAS, Shah Alam

Berposing lama, bergambar hanya seketika. [gambar :  pengantin]

1.    Syaikh bercerita mengenai perilaku sewaktu menangkap gambar. Tangkap gambar hanya sedetik, tapi orang berusaha sungguh jadikan perawakan diri terbaik sewaktu bergambar.
Kemudian, syaikh sambung cerita mengenai persiapan untuk pelamin untuk bersanding majlis perkahwinan. Banyak masa, tenaga digunakan, korban solat jema’ah dan lain. Tapi pengantinnya hanya duduk seketika sahaja pada pelamin tersebut.

2.      Kita sanggup korbankan banyak masa untuk dapatkan nikmat dunia yang seketika, tetapi begitu susah untuk berkorban demi akhirat. Adilkah itu?! Padahal, keni’matan untuk akhirat adalah selama-lamanya.

3.      Seketika bersama ahli iman akan memupuk iman di hati.


Friday, July 5, 2013

Syarah - Merobek Tirai untuk Mengenal Rahsia

Merobek Tirai untuk Mengenal Rahsia
karya : Ibn Atho’illah as-Sakandari
Syarah oleh : Syaikh Rohimuddin an-Nawawi al-Banteni
13 Mei 2011 (Jumaat)
Markaz Darul Hasani, B.B. Bangi

Syaikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bantani


1.      Yang ada (wujud) itu hanya Allah. Selain daripada itu semuanya diadakan (maujud).

2.      Ma’siat jangan diingini, keta’atan jangan diakui.

3.      Tinggal. Tanggal. Tunggal.

4.      Mengapa perlu pening untuk meramaikan orang yang bertaqwa? Itu tugas Allah. Yang harus dipikirin, bagaimana untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Jika sudah baik hubungan dengan Allah, dilihatnya orang yang bikin ma’siat itu sebagai ladang untuk diusahakan.

5.      4 kondisi menjemput yang menjemput jin:
             a.       Takut sangat2
             b.      Marah sangat2
             c.       Sedih sangat2

             d.      Nafsu sangat2.

Monday, July 1, 2013

Tausiyah : Syaikh Nuruddin 01

Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Kuliah Tafaqquh fid-diin
13 Mac 2011 (Ahad)
Masjid SAAS, Shah Alam

Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki [Pena al-Azhari]


1.      Ahlus-sunnah Wal-jama’ah = Yang berbuat itu kita, tapi kekuatan untuk berbuat itu daripada Allah.
2.      Peranan golongan profesional yang mencintai agama:
-          Setiap orang dengan bahagian masing-masing. Mereka seharusnya menguasai bidang masing-masing dan hukum-hakam yang berkaitan dengan kepakaran masing-masing.
-   Kalau benar-benar mencintai agama, tatkala azan sahaja, tinggalkan urusan profesional untuk menunaikan ketaatan agama.
-          Jangan sampai urusan kerjaya profesional menghambat urusan-urusan agama sehari-hari.

* Syaikh bagi perumpamaan seseorang yang menggunakan servis tapi banyak kali tak mahu bayar servis. Sama seperti profesional yang Allah bagi ni’mat macam-macam tapi tatkala Allah panggil (azan) dia tak datang untuk menunaikan kewajipan.

Friday, June 28, 2013

Syarah Risalah at-Tauhid Imam Arsalan

Risalah at-Tauhid
Karya: Imam Arsalan bin Ya’qub al-Dimasyqi (470-550 H)
Syarah oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis alAzhari
29 Disember 2010

1.      “Ya Allah, berilah kepada kami keselesaan kepadaMu, bukan keselesaan kepada kurniaanMu.”
2.      Tidak wujud bukan bermaksud tidak berbuat apa-apa (tidak ada), tapi menyandarkan segala keupayaan kita untuk berbuat sesuatu hanya kepada Allah.
3.      Tak ada manusia pun yang ingin melakukan kejahatan, tapi syaitan dan nafsu yang mendorongnya. Yang paling utama, tiada bantuan daripada Allah untuk tidak melakukan ma’siat.
4.      Kita bertaubat bukan kerana dosa, tapi itu kerana suruhan Allah, kerana Allah pandang kita sebagai yang bersalah.