Monday, July 8, 2013

Syarah - Siyarus Salikin 01



Syaikh Fahmi Zamzam an-Nadwi al-Maliki
Siyarus Salikin
karya : Syaikh Abdus Somad al-Falimbani
26 Jun 2011 (Ahad)
Masjid al-Falah, USJ9

Berkasih-sayang kerana Allah. [gambar : Mujahid Siswa : Uhibbukum Fillah]


1.      Yang dinamakan tasowwuf itu ialah adab. Tasowwuf itu ialah adab dengan Allah dan adab dengan makhluq Allah. Dari segi penamaan, memang nama tasowwuf tak ada. Tapi isinya memang ada dalam Islam.

2.      Melebihkan orang lain dalam bab ‘ibadah, itu makruh. Melebihkan orang lain dalam hal dunia, itu bagus.

3.      Mencintai kerana ugama adalah satu hubungan kecintaan antara satu sama lain, tolong-menolong, bantu-membantu untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

4.      Kesempurnaan mahabbah fillah mesti disertai dengan rasa cinta kepada ahli ta’at, dan benci ahli ma’siat (pada perangai, bukannya pada zatnya).

5.      Nak bersahabat dengan siapa kalau bukan dengan orang ‘asi? Bersahabatlah dengan :
             a.       orang yang kau lihatnya akan mengingatkan diri kepada Allah
             b.      orang yang apabila kita dengar cakapnya , rasa terpanggil untuk menambah ‘amal
             c.       orang yang kita tengok kerjanya, akan mengingatkan kepada akhirat.

6.      Apabila kita kasih kepada Allah, mestilah kita kasih kepada makhluq Allah, kasih kepada orang yang Allah suruh kita kasihi, dengan syarat tiada kemaksiatan kepada Allah. Kita kasih akan sesuatu bermula daripada kasihnya kepada Allah.

No comments:

Post a Comment