Saturday, May 12, 2012

Syarah - Hikam Ibnu Atho'illah 004

Kitab Hikam oleh Ibnu Atho'illah as-Sakandari
Syarahan oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis al-Azhari


1. Kita berusaha untuk ibadah, bukan untuk natijah.


2. "Menunda amal perbuatan kebaikan kerana menantikan kesempatan yang lebih baik, suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa." -Ibnu Atho'illah.


3. Ketika datang lintasan kebaikan dan ada juga ruang untuk buat, buatlah. Itu satu tarbiyyah. Allah nak uji kita.


4. Ketaatan itu tidak terletak pada keadaan, tapi terletak pada kejujuran.


5. Orang yang mujahadah dengan cabaran itu kadang-kala lebih Allah hargai daripada orang yang mujahadah tanpa cabaran.

6. Apa yang Allah beri kepada kita (pengalaman kerohanian) bukan untuk diingat-ingati sahaja. Itu bonus daripadaNya. Yang mahu dicapai sebenarnya ialah Allah.

-Markaz Darul Hasani, Nilai.
-19/11/2010, Jumaat.

Syarah - Hizbul Barr 04


Munajat Hizbul Barr (Hizb Daratan) oleh Imam Abu Hassan asy-Syazuli
Syarah oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis al-Azhari

1. Allah = Nama bagi zat Tuhan.

2. Ya Lathif = Yang Maha Lemah Lembut
* "Yang Maha Romantik"
* Nama Allah yang mendominasi Toriqat Syazuliah

3. Kita ini hamba, maka berinteraksilah secara hamba dengan Allah.

4. Kita minta mengikut nafsu, Allah beri mengikut ilmuNya.

5. Lebih baik minta ampun bagi kelemahan solat/amalan yang telah kita lakukan daripada meminta ganjaran.

6. "Berilah kami penamat yang bahagia sebagaimana penamat yang telah Kau beri kepada wali Kau." - Imam Abu Hasan asy-Syazuli.

7. "Ya Allah, jadikanlah hari yang paling bahagia ketika hari bertemu Kau." - Imam Abu Hasan asy-Syazuli.

8. Para wali faham, apa2 amalan yang mereka buat sebenarnya bukan mereka yang buat, sebenarnya Allah yang beri keizinan.

9. "Bolak-balikkanlah/Elak-elakkanlah kami di dunia ini daripada api syahwat." -Imam Abu Hasan asy-Syazuli.

10. "Ya Allah, ingatkanlah kami ketika kami lupa kepada Kau, lebih sempurna ketika Kau ingatkan kami ketika kami mengingati Kau." -Imam Abu Hasan asy-Syazuli.

11. "Rahmatilah kami ketika kami berbuat ma'siat, lebih rahmat daripada rahmat Kau ketika kami ta'at." -Imam Abu Hasan asy-Syazuli.

-Markaz Darul Hasani, Nilai.
-19/11/2010, Jumaat.

Tausiyah 02 - Ustaz Raja Ahmad Mukhlis al-Azhari

Tausiyah
oleh: Ustaz Raja Ahmad Mukhlis al-Azhari


1. Uwais al-Qarani hilang status sahabat kerana berkhidmat dengan ibunya.


2. Tanda orang jujur itu ialah pengorbanan.


3. "Kalau kau tahu apa yang kau nak, maka kau tahu apa yang perlu dikorbankan." - Imam Hasan al-Banna.


4. Orang yang jujur itu ialah orang yang menyembunyikan kejujurannya (*sorok kebaikan/kehebatan daripada orang ramai).


- 19/11/2010 - Jumaat
- Markaz Darul Hasani

Thursday, May 10, 2012

Iklan - Promosi Kolej Islam as-Sofa

As-salaamu'alaikum. Berikut merupakan iklan promosi untuk Kolej Islam as-Sofa. Saya hanya sekadar copy-paste daripada link di Facebook.




Ingin menyambung pelajaran dalam bidang agama? Tiada asas dalam Bahasa Arab?

Inginkan kelainan? Ingin duduk bersama para ulama' pewaris Anbiya' ?

Realisasikannya dengan mendaftar di Kolej Islam As-Sofa, rasai kelainannya.

(^_^) Diasaskan oleh ulama' serta dipantau oleh ulama'..


Hubungi sahabat saya, 019 2963584 (Rasyidah Utama) untuk pertanyaan lanjut. 
Sebarkan berita gembira ini~


Ini KISAH Kolej Islam AS-Sofa :~
1) Kami di didik CINTAKAN ALLAH & RASUL.

- Syaikh selalu pesan pada kami supaya lakukan semua kerana Allah dan Rasul. Perbetulkan niat apabila lakukan sesuatu. Syaikh pesan supaya kami berkhidmat untuk Allah dan Rasul. Syaikh pesan supaya kami PERTAHANKAN Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tatkala ahli-ahli bidaah menghina Nabi صلى الله عليه وآله وسلم . Syukran Syaikh. (^_^)

2) Kami di didik supaya BERADAB.

- Syaikh didik kami dengan tradisi ilmu para ulamak. Ulamak terdahulu mementingkan adab terlebih dahulu. Zaman skrg, ramai murid yang bersifat tidak beradab kpd guru. Kami dididik muliakan guru / ahli ilmu dan ikhwan. Kalau tak percaya, try lah dtg sini. Sekaligus adab terhadap keluarga juga turut berubah. Syukran Syaikh.:-)

3) Kami di didik untuk mengenali Kitab-kitab Thurath.
- Setiap hari kami ngaji Kita thurath. Syaikh kenalkan kami dgn byk kitab. Mcm kitab hidataus salikin, munyatul musolli, minhajul abidin, hikam, Tajul urus dll. Pertama kali saya dapat khatam Kitab Syamail. Kami bertalaqi setiap hari. Walau syaikh penat, syaikh akan cuba dtg ajar kami. Walau syaikh tidur lewat, syaikh dtg jgk. Syukran walid.:)

4) Maktabah / Perpustakaan kami ada ribuan Kitab.
- Dari bidang hadith, fiqh, tasauf, aqidah, manaqib, maulid, dll. Bahasa melayu dan bahasa arab. Kaya dgn kitab. Syaikh ambil kitab dari seluruh dunia. Insyaallah untuk Universiti As-sofa syaikh beli lagi byk kitab, lebih 100 ribu kitab. Jadi soal rujukan tu dapat dipelbagaikan. Mekasih Syaikh. Syg Syaikh.♥

5) Ustaz dan ustazah macam adik beradik kami
- Tak pernah di Kolej lain atau tempat pengajia lain yang pengajarnya turun sama-sama untuk main futsal dgn pelajar. Walau penat, ustaz kami layan kami. Main bola dgn kami (pelajar lelaki) . Ustaz di sini bukan hanya prihatin di dalam kolej tapi di luar kolej juga. Ustaz selalau belanja kami makan2. Kalau ada masalah duit pun ustaz tolong. Sayang asatizah sofa.(^_^)

6) Kami belajar ilmu secara bersanad.
- Zaman mutaakhir ni kita sangat bimbang jika ilmu yang kita ambil itu tidak sohih. Jadi pentingnya ilmu secara bersanad. Yakni ilmu yang daripada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kepada masyaikh kepada masyaikh hinggalah kepada kami. Maknanya pertalian dan penurunan ilmu itu dapat dilihat dgn jelas sumber ilmu itu daripda siapa. Alhamdulillah, kaedah pembelajaran kami sama spt mana kaedah pembelajaran Para Ulamak.

7) Kami belajar sistem pondok tetapi bersifat MODEN.
- Kaedah di sini sama seperti sistem pondok, bertalaqi tetapi lebih moden. Buktinya kemudahan di sini sangat baik. Kelas kami beraircond, dan lengkap alatan kemudahannya. Kadang kala kami perlu lakukan perbentangan. Di sini juga di terapkan sujek IT, di mana kami mempelajari lebih dlm tentang IT. (Di ajar dari buatbnlog sampailah lebih terperinci). Cabang ini jg boleh digunakan sbg medan dakwah.

8) Kami berQASIDAH setiap hari.
- Sebelum menadah kitab setiap malam, kami kan dihidangkan dengan alunan qasidah yang dapat mengeyangkan ruhani kami. Masyaallah, sungguh ada SIR daripada qasidah. Qasidah yg berintikan selawat / doa / zikir dapat melembutkan hati dan mencuci hati. Amat elok di baca sebelum menadah ilmu. Byk sangat qasidah yg kami belajar disini.

9) Selalu jumpa ULAMAK.
- Setiap bulan mesti ada ulamak yang akan ziarah Al Musnid Syaikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki. Yayasan Sofa juga selalu laksanakan program yang besar2, sebagai contoh baru2 ini program Seminar Antarabangsa & Maulid Akbar di Masjid Besi. Ramai sangat Ulamak ‘Alim yg dtg termasuklah Habib Ali AlJufri. Sekaligus dapat menemukan kami dgn para ulamak. Rasa nikmat sgt :)

10) Kami dididik untuk BERKHIDMAT.
- Jujurnya, dulu kami selalu ngelat untuk laksanakan khidmat pada ummah. Kami liat nak bantu org. Tapi di sini ustaz2 didik kami dan cerita pada kami sir (rahsia) berkhidmat kepada ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم lebih-lebih lagi berkhidmat untuk ahli ilmu. Kami seronok berkhidmat. Anda mungkin akan terkejut jika melihat ada di antara kami yang susun seliper, siram pokok bunga, lap tingkap, buang sampah. Wallahi, di kolej kami tak ada cleaner.
Khidmat ini ialah sunnah para sahabat kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Sunnah para ulamak juga. Jadi sewajarnya kami yg menuntut ilmu ini turut berkhidmat. Semakin byk khidmat semakin dibuka futuh.

11) Kami dapat banyak ijazah dan dapat byk hadith musalsal.
- Syaikh kami alMusnid hadith, org yg a'lim dalam bidang ilmu hadis. jadi banyak ijazah yang diberikan kepada kami. Hehe. Jgn jeles ye.

12) Kami selalu MAKAN FREE. Ngeh3. :p
- Seminggu sekali ada jamuan untuk semua ikhwan, jadi semua pelajar dapat makan free. Kadang makan sate, nasi lemak, kek. Fuh nikmat. Selalu ikhwan2 sofa belanja kami makan. Ustaz pon selalu belanja. Murah rezeki. Syaikh pesan, jgn risau rezeki penuntut Ilmu, Allah jamin. Jadi ini buktinya. Alhamdulillah. Trm ksh semua. :D

13) Kami di didik untuk laksanakan program besar-besaran.
- Dari menaip kitab-kitab, aturcara sesebuah majlis hinggalah melaksanakan majlis. Pengalaman ini sangat penting untuk kami jadi pakaian supaya boleh berdikari di masa hadapan.

14) Diploma kami hanya 2 TAHUN !!
- Program diploma yang ditawarkan di sini hanya 2 TAHUN sahaja, kemudian boleh sambung degree ke Jordan selama SETAHUN. Jimat masa entum. Kalau nak sambung Universiti Assofa pula 2 tahun. Jimat kan. Hehe. Tp kawan2, ilmu bukan disandarkan kpd usia, kite tetap menuntut ilmu hingga liang lahad. Bahkan mungkin juga di alam barzakah seumpama nikmat yg diberikan kpd ahlillah untuk beribadat dan membaca kitab di alam barzakh.

15) Menerima anda walaupun anda bukan lepasan Sekolah Agama.
- Di sini kami menerima anda walaupun anda bukan lepasan sekolah agama, berbeza dgn kolej islam yg lain. Cumanya ada hanya perlu untuk mengikuti kursus bhs arab shj. Saya juga lepasan STPM aliran sastera, kemudiannya sy sambung disini.

16) Ada bantuan PTPTN
- Bagi yang tak berkemampuan macam saya, boleh dapatkan bantuan PTPTN selepas dapat surat tawaran kolej ni. Hehe. Jadi jgn risau soal duit ya. :)

17) Dibawah pemantauan Ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah
- Terdapat ramai Ulamak yang menyokong dan sudi untuk menjadi penasihat Kolej kami. Bukan sembarangan ulamak. Bukan Ulamak dalam negara sahaja tetapi Ulamak antarabangsa yang DIIKTIRAF keilmuannya spt Prof. Dr. Abdul Razzaq Al-Sa'adiy, Syaikh Dr. Abdal Hakim Murad, al ‘Allamah Sayyid Ahmad ibn Sayyid Muhammad Bin Al-Maliki Al-Hasani, Prof. Dr. Usamah Muhammad Al-'Abd (rector Universiti al Azhar) dan lain-lain lagi.. :) 

P/s : Itu hanyalah rahsia secara zahir. Banyak sangat keistimewaan Kolej ini berbanding kolej lain yang saya tak dapat untuk lampirkan di ruang yg sempit ini. Mungkin anda akan rasa "tak nak balik rumah" bila sampai disini. (^_^)

Ayuh KAWAN2, sebar-sebarkan berita gembira ini. Bantu shbt dan keluarga anda untuk capai MAKRIFATULLAH.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
019-2963584 (Rasyidah Utama),
atau ke web Yayasan Sofa.

Syarah - Hikam Ibnu Atho'illah 003

Kitab Hikam oleh Ibnu Atho'illah as-Sakandari
Syarahan oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis


1. Kenapa kita tak jumpa Allah?
- Kerana kita sandarkan segala sesuatu kepada selain daripada Allah.


2. Hidup ini jawapannya hanya Allah.


3. Maujud = yang diwujudkan.


4. Allah lebih dekat dengan kita daripada diri kita sendiri.


5. Kita yang terlalu jauh daripada hakikat diri kita, bagaimana mungkin kita dapat mendekati Allah.


-Markaz Darul Hasani, Nilai.
-12/11/2010, Jumaat.

Syarah - Hizbul Barr 03

Munajat Hizbul Barr (Hizb Daratan) oleh Imam Abu Hassan asy-Syazuli
Syarah oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis


1. Kita doa pendek sahaja, tapi wali Allah doa panjang2 kerana mahukan komunikasi dengan Allah.


2. Hikmah = ilmu yang didasari oleh rasa hati.


3. Hati macam span
- Span kalau serap milo, bila diperah, keluarlah milo.
- Begitu juga hati. Hati kalau serap selain Allah, bila disentap nyawa, keluarlah selain daripada Allah.

4. Nak minta daripada Allah, ada adab-adabnya. Kalau minta daripada bos, mesti bodek2 dulu. Apatah lagi kalau kita meminta daripada Allah.

5. Imam Abu Hasan asy-Syazuli minta Allah hapuskan tabiat yang menyebabkan kepada dosa.

6. Biar gagal dengan redha daripada berjaya dengan kesombongan.

-Markaz Darul Hasani, Nilai.
-12/11/2010, Jumaat.

Tuesday, May 1, 2012

Syarah - Hikam Ibnu Atho'illah 002

Kitab Hikam oleh Ibnu Atho'illah as-Sakandari
Syarahan oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis


1. Tajalli = menjelma, Masyrab = rasa minuman rohani.


2. Allah menjelma bukan dengan bentuk, tetapi Dia tajalli dalam bentuk kefahaman kita.

3. Kita hanya akan puas apabila berbuat sesuatu kerana Allah. Kalau kita berbuat kerana Allah, kita tak akan sesal.
*Kita tak akan puas mencari kepuasan.

Hikam ke-14: Alam terang kerana Nur Ilahi
"Alam itu kesemuanya berupa kegelapan, sedang yang meneranginya, hanya kerana tampaknya haq (Allah) padanya, maka siapa yang melihat alam kemudian tidak melihat Allah di dalamnya, atau padanya atau sebelumnya atau sesudahnya, maka benar-benar ia telah disilaukan oleh nur cahaya, dan tertutup baginya suria (nur) makrifat oleh tebalnya awan benda-benda alam ini.

4. Orang Kamil (sempurna) menyempurnakan diri melalui kelemahan orang lain, apatah lagi dengan kelebihan orang lain. Dia menganggap segala2nya sebagai mursyid baginya.

Kullu bani Adamu khotto' = Setiap anak Adam itu bersalah * - Hadith Nabi Muhammad S.A.W.

5. Asas kehambaan adalah dengan merasa bersalah.

6. Berbahagialah orang yang Allah pilih dia untuk merasa interaksi denganNya.

-Markaz Darul Hasani, Nilai.
-05/11/2010, Sabtu.

Syarah - Hizbul Barr 02

Munajat Hizbul Barr (Hizb Daratan) oleh Imam Abu Hassan asy-Syazuli
Syarah oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis


1. Allahumma = ulama kata, kamu telah berdoa dengan Allah menggunakan semua namanya jika guna kalimah ini.

2. Mudhorat yang kita ada ilmu untuk cegahnya pun belum tentu dapat elak. Inikan pula mudharat yang kita tak punya ilmu, lagilah bagaimana mahu elakkan?
*Kita jaga diri kita daripada kecelakaan kerana itu suruhan Allah.
* Tapi Allah juga yang punya kuasa untuk beri mudhorat @ tidak, bukannya usaha kita yang menentukannya.

3. Orang yang paling bahagia ialah orang yang Allah cukupkannya daripada meminta.

4. "Ya Allah, kayakanlah kami dengan kemurahan Kau." - Imam asy-Syazuli, Hizbul Barr.

5. Dosa itu memang taqdir, tapi untuk ditangisi. Ketaatan juga taqdir, tapi untuk disyukuri.

6. Kenapa guna doa para wali?
* Kerana kita tak tau pun nak minta apa.
* Minta pun tak betul.

7. Kaedah fiqh : Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua.

8. Doa itu adab, bukannya kita beritahu Allah.
* menunjukkan / mengadu akan kelemahan kita.
* Allah yang beri kita ujian. Takkanlah Dia tak tahu.

9. Allah bagi kita susah, supaya kita dapat menikmati kesenangan.



-Markaz Darul Hasani, Nilai.
-05/11/2010, Sabtu.