Tuesday, March 6, 2012

Qasidah - Ya Kitaaba 'l-Ghuyuub





Para ahbab Darul Hasani Bangi berqasidah bersama-sama Syeikhna Rohimuddin Nawawi al-Jahary al-Bantani.

Thursday, March 1, 2012

Tausiyah 01 - Syeikhna Rohimuddin an-Nawawi al-Bantani

Tausiyah
oleh: Syeikhna Rohimuddin an-Nawawi al-Bantani


Syeikh Rohimuddin an-Nawawi menyampaikan tausiyahnya.




1. Hayya nu'minu sa'ah (Mari duduk beriman sejenak).
- diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud.
- ada sahabat yang mengadu kepada Nabi S.A.W.
- Nabi S.A.W. kata, sahabat itu mengajak kepada majlis yang menjadi kebanggan para malaikat.

2. Menyanyi bukan bid'ah.
- huza'ah = nyanyian unta (untuk merancakkan unta berjalan di padang pasir, sewaktu rombongan kafilah).
- penyegar rohani jika lagu berunsur rohani.
- penyegar nafsu jika lagu berunsur nafsu.

3. Menurut ulama' akhlaq & psikologi, yang mempengaruhi manusia ada 2
1) bi'ah (suasana)
2) genetik/keturunan

4. Jenis2 keturunan/genetik manusia:
1) Manusia 1 : fikir diri sendiri sahaja.
2) Manusia 2 : fikir diri sendiri, anak dan isteri sahaja (keluarga) --> Muslim biasa & ramai.
3) Manusia 3 : fikir diri, keluarga dan orang2 di bawah pimpinannya --> keturunan raja2.
4) Manusia 4 : fikir diri, keluarga, pimpinan bawahannya, & umat agamanya --> ulama'
5) Manusia 5 : fikir diri, keluarga, pimpinan bawahannya, umat agamanya & juga manusia2 lain --> wali2, orang2 sufi
6) Mansuia 6 : fikir diri, keluarga, pimpinan bawahannya, umat agamanya, manusia2 lain serta alam seisinya --> Rasulullah S.A.W.

5. Kisah perempuan di perbatasan Syam / Turki dengan wilayah Islam:
- tentera Islam menangkap perempuan tersebut.
- kekasihnya (teman lelaki) datang, menuntut bela kekasihnya (perempuan) daripada tentera Islam.
- dua2 dibunuh oleh tentera Islam.
- Rasulullah S.A.W. marah, "Tapi bukankah dia mencari kekasihnya!" diulang beberapa kali, tanda tidak setuju dengan tindakan tentera Muslimin.

6. Tarbiyyah sufiyyah ada 7 unsur, yang utamanya 3:
1) zikir : mengorbankan fikiran daripada mengingati perkara2 lain, melainkan Allah sahaja.
2) mujahadah : dikorbankan keinginan nafsu.
3) suhbah : mengorbankan sifat keakuan dalam bentuk khidmat (ini yang paling utama).

7. Kenyataan Sultan Muhammad al-Fatih selepas membuka Konstantinoppel, "Aku hamba fakir yang telah diberi nikmat oleh Allah untuk membuka Konstantinopel dek berkat guruku yang 2 orang iaitu ____ & _____ (ana al-faqir tak ingat nama2nya)."

8. Orang2 sufi yang membuka negara2, bahkan nusantara. Mereka ada toriqat masing2.

9. Tingkatan jalan kerohanian , zuhud --> ikhlas --> 'arif

10. Beri 6 jaminan daripada kamu, ganjarannya anda pasti dapat syurga:
1) Jujurlah ketika engkau berkata.
2) Penuhi ketika engkau berjanji.
3) Tunaikan amanat ketika diamanahkan.
4) Jaga kehormatanmu/farjimu.
5) Jaga pandanganmu daripada yang haram bagimu.
6) Jangan menyakiti orang lain.
- Hadith Nabi S.A.W.

11. Orang yang jaga mata paling banyak jadi wali. Mata hatinya jelas (kasyaf, firasat).

12. Jika masih ada "aku", maka tak akan pernah ada Allah.

13. Tanzim = kumpulan berdasarkan isu semasa (seperti coup de tat).

14. Jama'ah = perkumpulan yang punya tarbiyyah bagi ahli2nya, berkhidmat dan sentiasa bergerak untuk masyarakat.

15. Munajat itu sebetulnya membangunkan komunikasi (dengan Allah).

16. Wali Songo yang paling utama --> Syarif Hidayatullah.

17. Tok Ku Pulau Manis, setaraf Wali Songo.

- Subang Jaya
- 25/10/2010 - Isnin

Qasidah - Ya Robba Makkah


Qasidah terbaru bersama ahbab Darul Hasani, Ya Robba Makkah :) .