Wednesday, February 29, 2012

Qasidah - Syahrur Robi'i


Para ahbab Darul Hasani (Bangi) berqasidah bersama2 Syeikhuna Rohimuddin an-Nawawi al-Jahary al-Bantani.

Syarah - Hikam Ibnu Atho'illah 001

Kitab Hikam oleh Ibnu Atho'illah as-Sakandari
Syarahan oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis


1. "Iman tidak masuk ke dalam hati yang keruh." - Hikam ke-13

2. Ramai orang nakkan Allah, tapi nak juga apa yang dia nak. Itu yang tak sampai kepada Allah.

3. "Bagaimana akan dapat terang hati seorang yang gambar dunia ini terlukis dalam lensa/cermin hatinya. Atau bagaimana akan pergi menuju kepada Allah, padahal ia masih terikat oleh syahwat hawa-nafsunya." - Hikam ke-?.

4. Allah Maha Cemburu --> Tak nak manusia rasa kehilanganNya pada masa yang sama rasa hilang dunia.

5. Orang yang nakkan Allah, tapi juga nakkan makhluq. Nak Allah kerana kerana hendakkan makhluq.. Allah jadi murka. Langkah sudah betul, tapi tujuan pula salah.

6. "Jujurlah kepada Allah," - Syeikh Yusuf Muhyiddin al-Hasani.

7. Cerminan = fokus, Syahwat = kehendak.

8. Tujuan hidup ada 2 sahaja, 1) Kerana Allah, 2) Kerana selain Allah.

9. Jangan buruk-sangka kepada makhluq sekalipun, apatah lagi kepada Allah.

10. Kita buruk sangka dengan orang, jadi kitalah yang buruk sebenarnya.

11. Mursyid bukanlah sempurna, tapi dialah jalan kesempurnaan.

12. Kena cari orang yang memandang Allah SWT.

-Markaz Darul Hasani, Nilai.
-22/10/2010, Jumaat.
-10.50 p.m.

Syarah - Hizbul Barr 01

Munajat Hizbul Barr (Hizb Daratan) oleh Imam Abu Hassan asy-Syazuli
Syarah oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis

1. Imam Asy-Syazuli tak minta Allah tegah apa yang Dia nak, tapi minta bantuan/kebersamaan Allah dalam menghadapi taqdir.

2. Adab kepada Allah --> Minta Allah bantu kita dalam melalui taqdir yang Allah kehendakkan.

3. Nabi Sulaiman A.S. jadi hujah bagi orang kaya yang tak beramal, di akhirat kelak.
Nabi Ayub A.S. jadi hujah bagi orang sakit yang tak beramal, di akhirat kelak.
Nabi Yusuf A.S. jadi hujah bagi hamba yang tak beramal, di akhirat kelak.
Rasulullah S.A.W. jadi hujah bagi orang miskin yang tak beramal, di akhirat kelak.

4. Ada orang yang Allah bagi kehinaannya di sisi mahkluq, agar dapat kemuliaan di sisi Allah.

5. "Semua kemuliaan yang menyebabkan aku jauh daripada Kau, gantikanlah kehinaan dengan kerahiman daripadaMu," - Imam asy-Syazuli, Hizbul Barr.

6. Dunia, umpama permainan kesayangan kita sewaktu kecil dahulu, tersimpan dalam kotak tatkala kita telah dewasa dan dah tak pakai  apabila kita hampir mati.

7. Ibrahim bin Adham R.H. (Raja --> Darwisy), "Andai raja2 tahu kebahagiaanku, nescaya mereka akan sanggup memenggalkku untuk mendapatkan kebahagiaan itu."

8. Orang yang celaka ialah mereka yang sibuk dengan apa yang mereka nak, bukannya apa yang Allah mahu.

-Markaz Darul Hasani, Nilai.
-22/10/2010, Jumaat.

Monday, February 27, 2012

Qasidah - Suluwi 'ani 'l-ahbab (If I turned away from those I love)



Saya cukup gemar mendengar Qasidah ini :) . Hati menjadi girang-gembira dengan iramanya. Saya cuba mencari qasidah ini di Yotube, tapi tak bertemu (cuma teks Arab masih belum dicuba).. Untuk berkongsi kegirangan dengan para ahbab yang saya kasihi, di sini saya kongsikan bersama dendangan qasidah Suluwi 'Ani 'l-Ahbab (Jika ku berpaling daripada para kekasihku) oleh para ahbab Darul Hasani (Bangi), bersama sang murobbi, Syeikhuna Yusuf Muhyiddin al-Hasani.

Lirik qasidah adalah ehsan daripada website toriqah Syazuliah Sweden.
Maksud qasidah ini sangat bagus. InsyaAllah, jika ada kesempatan, saya usahakan untuk sertakan sekali terjemahannya.

Wednesday, February 22, 2012

Qasidah - Syahru 'r-Robi'i


Qasidah Syahrur Robi'i diketuai dendangannya oleh murobbi para ahbab Darul Hasani Bangi, Syeikh Yusuf Muhyiddin al-Hasani.

Video pertama Darul Hasani yang saya berpeluang untuk uploadkan ke Youtube :) .

InsyaAllah.. Pada masa hadapan, akan lebih banyak menyusul.

Kepada sahabat2 yang mempunyai lirik Qasidah ini, harap dapat dikongsikan bersama.

Tuesday, February 21, 2012

Cuba

Bakal memuatkan nota2, video2 juga rakaman2 audio pengajian bersama masyaikh.