Syaikh
Fahmi Zamzam an-Nadwi al-Maliki
Siyarus Salikin
karya : Syaikh Abdus Somad al-Falimbani
26 Jun 2011 (Ahad)
Masjid al-Falah, USJ9
Siyarus Salikin
karya : Syaikh Abdus Somad al-Falimbani
26 Jun 2011 (Ahad)
Masjid al-Falah, USJ9
Berkasih-sayang kerana Allah. [gambar : Mujahid Siswa : Uhibbukum Fillah] |
1. Yang
dinamakan tasowwuf itu ialah adab. Tasowwuf itu ialah adab dengan Allah dan
adab dengan makhluq Allah. Dari segi penamaan, memang nama tasowwuf tak ada.
Tapi isinya memang ada dalam Islam.
2. Melebihkan
orang lain dalam bab ‘ibadah, itu makruh. Melebihkan orang lain dalam hal
dunia, itu bagus.
3. Mencintai
kerana ugama adalah satu hubungan kecintaan antara satu sama lain,
tolong-menolong, bantu-membantu untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
4. Kesempurnaan
mahabbah fillah mesti disertai dengan rasa cinta kepada ahli ta’at, dan benci
ahli ma’siat (pada perangai, bukannya pada zatnya).
5. Nak
bersahabat dengan siapa kalau bukan dengan orang ‘asi? Bersahabatlah dengan :
a.
orang yang kau lihatnya akan mengingatkan
diri kepada Allah
b.
orang yang apabila kita dengar cakapnya ,
rasa terpanggil untuk menambah ‘amal
c.
orang yang kita tengok kerjanya, akan
mengingatkan kepada akhirat.
6. Apabila
kita kasih kepada Allah, mestilah kita kasih kepada makhluq Allah, kasih kepada
orang yang Allah suruh kita kasihi, dengan syarat tiada kemaksiatan kepada
Allah. Kita kasih akan sesuatu bermula daripada kasihnya kepada Allah.