Wednesday, February 29, 2012

Syarah - Hizbul Barr 01

Munajat Hizbul Barr (Hizb Daratan) oleh Imam Abu Hassan asy-Syazuli
Syarah oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis

1. Imam Asy-Syazuli tak minta Allah tegah apa yang Dia nak, tapi minta bantuan/kebersamaan Allah dalam menghadapi taqdir.

2. Adab kepada Allah --> Minta Allah bantu kita dalam melalui taqdir yang Allah kehendakkan.

3. Nabi Sulaiman A.S. jadi hujah bagi orang kaya yang tak beramal, di akhirat kelak.
Nabi Ayub A.S. jadi hujah bagi orang sakit yang tak beramal, di akhirat kelak.
Nabi Yusuf A.S. jadi hujah bagi hamba yang tak beramal, di akhirat kelak.
Rasulullah S.A.W. jadi hujah bagi orang miskin yang tak beramal, di akhirat kelak.

4. Ada orang yang Allah bagi kehinaannya di sisi mahkluq, agar dapat kemuliaan di sisi Allah.

5. "Semua kemuliaan yang menyebabkan aku jauh daripada Kau, gantikanlah kehinaan dengan kerahiman daripadaMu," - Imam asy-Syazuli, Hizbul Barr.

6. Dunia, umpama permainan kesayangan kita sewaktu kecil dahulu, tersimpan dalam kotak tatkala kita telah dewasa dan dah tak pakai  apabila kita hampir mati.

7. Ibrahim bin Adham R.H. (Raja --> Darwisy), "Andai raja2 tahu kebahagiaanku, nescaya mereka akan sanggup memenggalkku untuk mendapatkan kebahagiaan itu."

8. Orang yang celaka ialah mereka yang sibuk dengan apa yang mereka nak, bukannya apa yang Allah mahu.

-Markaz Darul Hasani, Nilai.
-22/10/2010, Jumaat.

No comments:

Post a Comment