Wednesday, February 29, 2012

Syarah - Hikam Ibnu Atho'illah 001

Kitab Hikam oleh Ibnu Atho'illah as-Sakandari
Syarahan oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis


1. "Iman tidak masuk ke dalam hati yang keruh." - Hikam ke-13

2. Ramai orang nakkan Allah, tapi nak juga apa yang dia nak. Itu yang tak sampai kepada Allah.

3. "Bagaimana akan dapat terang hati seorang yang gambar dunia ini terlukis dalam lensa/cermin hatinya. Atau bagaimana akan pergi menuju kepada Allah, padahal ia masih terikat oleh syahwat hawa-nafsunya." - Hikam ke-?.

4. Allah Maha Cemburu --> Tak nak manusia rasa kehilanganNya pada masa yang sama rasa hilang dunia.

5. Orang yang nakkan Allah, tapi juga nakkan makhluq. Nak Allah kerana kerana hendakkan makhluq.. Allah jadi murka. Langkah sudah betul, tapi tujuan pula salah.

6. "Jujurlah kepada Allah," - Syeikh Yusuf Muhyiddin al-Hasani.

7. Cerminan = fokus, Syahwat = kehendak.

8. Tujuan hidup ada 2 sahaja, 1) Kerana Allah, 2) Kerana selain Allah.

9. Jangan buruk-sangka kepada makhluq sekalipun, apatah lagi kepada Allah.

10. Kita buruk sangka dengan orang, jadi kitalah yang buruk sebenarnya.

11. Mursyid bukanlah sempurna, tapi dialah jalan kesempurnaan.

12. Kena cari orang yang memandang Allah SWT.

-Markaz Darul Hasani, Nilai.
-22/10/2010, Jumaat.
-10.50 p.m.

No comments:

Post a Comment